Ahad, 25 Julai 2010

My Champion

MY CHAMPION:SEMENANJUNG RM 45/SABAH & SARAWAK RM 50





RAMUAN AKTIF:

Serbuk Colostrum, susu skim, ekstrak gotu kola, ekstrak ginkgo biloba dan ekstrak biji anggur.
PEMBUNGKUSAN:
3g pak serbuk dalam uncang aluminium.
Spesifikasi untuk bunkusan aluminium: 70mm, PET / PE / foil / PE / LLDPE (5 lapisan); 90mm x 25mm
Saiz bungkusan: 3g x 20 sachet
Kotak akan di `shrink warap’
INDIKASI:
Formula yang diadun khas untuk menguatkan daya ingat khasnya dikalangan kanak-kanak.
PENYEDIAAN:
PERHATIAN:
Disimpan di tempat yang sejuk dan kering pada suhu bilik. Jauhi dari kelembapan dan cahaya tepat.
KEBAIKAN RAMUAN:
KOLOSTRUM
Satu kebaikan kolostrum ialah ianya adalah terhasil dari susu lembu, sejenis makanan kesihatan semulajadi. Ia mengandungi formula lengkap seperti vitamin-vitamin penting, asid-asid lemak penting, asid-asid amino, factor imunisasi dan juga factor pertumbuhan. Kolostrum merupakan ciptaan semulajadi, sebahagian dari susu ibu yang membantu si kecil untuk membesar kuat dan sihat.
Susu awal lembu yang mengandungi kolostrum, telah digunakan manusia seluruh dunia, sepanjang zaman untuk memperkuatkan lagi daya ketahanan badan dari jangkitan penyakit. Pada waktu yang sama, ia merupakan sejenis permakanan tambahan semulajadi yang lengkap.
Satu lagi kebaikan kolostrum ialah ia begitu terkenal dalam sejarah sebagai agen yang membantu tubuh melawan serangan selesema dan juga jangkitan. Kolostrum juga mampu meransangkan lagi sistem daya ketahanan badan. Ramai juga yang menggunakan kolostrum untuk membantu mereka berdiet dan juga membina badan. Kolostrum banyak digunakan dikalangan ahli sukan dan juga untuk mereka yang berusaha untuk awet muda. Di dalam tahun 1940an, kegunaaan kolostrum menjadi begitu terkenal dikalangan mereka yang menghidap rheumatoid arthritis (sejenis sakit sendi dan tulang) dan juga penyakit-penyakit yang berkaitan dengan peningkatan usia.
EKTRAK BUAH DELIMA
Jus buah delima sangat kaya dengan kandungan tannis, anthocyanins, dan asid ellagic merupakan jenis-jenis polyphenols - sejenis anti oksidan yang begitu mujarab. Polyphenols yang paling banyak terdapat di dalam jus buah delima ialah hydrolysable tannins yang dipangil punicalagins – mempunyai kebolehan untuk membersih. Punicalagins yang diserap ke dalam tubuh manusia mungkin mengandungi nilai sebagai sejenis anti oksidan.
EKTRAK GINKGO BILOBA
Kegunaan ginkgo di dalam bidang perubatan boleh dikesan lebih 5000 tahun dahulu di negara Cina. Menurut perubatan herba Cina, ginkgo boleh megubati penyakit yng berkaitan dengan saluran pernafasan dan juga masalah kurang day ingatan di kalangan mereka yang berumur.
Ginkgo biloba mengandungi: ginkgo flavone glycosides, ginkgolides, bilobalides, quercetin, kaempferol, isorhamnetine, proanthocyanidins, dan asid-asid organik.
Gingko biloba dikatakan dapat membantu memberi kelegaan dan membantu mengurangkan penyakit kemerosotan fungsi otak secara organik, masalah penyaliran darah ke urat-urat kaki yang menyebakan keperitan (intermittent claudication), penyakit pening-pening dan kekurangan imbangan badan vaskular (vascular origin vertigo), telinga berdegung/deringan (vascular origin tinnitus), Alzheimer, penipisan dan kekerasan saluran arteri (atherosclerosis), gangguan darah ke otak yang boleh menyebabkan strok (cerebrovascular insufficiency), sakit jantung, kemurungan,kencing manis, mati pucuk, daya penglihatan yang berkurangan (macular degeneration), migrain, multiple sclerosis (MS), kekejangan apabila sejuk- fenomena Raynaud , perasaan cemas, kekurangan daya ingatan, hilang konsentrasi, kekurangan kebolehan intelektual dan penyaliran darah yang merosot pada kakitangan.
EKSTRAK GOTU KOLA
Berabad dahulu, pengamal kesihatan Hindu lama yang dikenali sebagai Ayurveda, bermula dengan menggunakan Gotu Kola, yang begitu terkenal dengan sifat-sifat terapinya. Tambah lagi, Gotu Kola telah digunakan sebagai herba perubatan selama beribu tahun di Cina dan Indonesia. Kebolehannya untuk megubati luka, menaikkan tahap keterangan minda, dan merawat jenis-jenis penyakit kulit seperti kusta dan psoriasis merupakan sebab utama mengapa ia digunakan dengan luas sekali di negara-negara tersebut. Seawal tahun 1880an, reputasi Gotu Kola sebagai pengubat penyakit kulit dan juga permasalahan lain, telah menjadi begitu terkenal di seluruh Asia hingga ke Eropah.
Gotu Kola mengandungi triterpenoids, unsur yang menolong mengubati luka. Gotu Kola juga mengandungi imipramine, alkaloids, sterols, tannins dan glycosides.
Apabila disapu, digunakan dalam balutan. Gotu Kola menggalakkan penyembuhan luka, kebakaran dan juga berbagai jenis kesakitan kulit. Sesetengah kajian menunjukkan yang dengan menyapu Gotu Kola terus pada bahagian yang bermasalah juga dapat membantu proses pemulihan.
Apabila dimakan, Gotu Kola telah digunakan dengan luas sekali untuk mengurangkan vena varikosa/urat berselirat, menambahkan ketajaman akal, dan mengurangkan kadar hilang daya ingat untuk mereka yang mengalami penyakit Alaeimer’s. Gotu Kola juga pernah diuji untuk mengurangkan bengkak dan menguatkan fungsi hati. Ujian ini dilakukan kepada pesakit yang mengalami permasalahan hati akibat pengambilan alkohol yang telah merosakkan serta mengeraskan tisu-tisu pada hati. Dalam bidang perubatan: Menguatkan daya ingatan dan melawan penyakit Alzheimer’s.
Di Cina, Gotu Kola telah berkurun digunakan untuk menguat dan menajamkan daya mental. Hari ini, para penyelidik telah membuktikan yang herba ini memang memainkan peranan untuk menguatkan daya ingat, menajankan daya pembelajaran dan juga mengingatkan kembali ingatan yang telah hilang dikalangan pesakit Alzheimer’s. Herba ini juga boleh merawat kebakaran dand luka. Apabila disapu, Gotu Kola dipercayai boleh mengelak dan mengurangkan berbagai jenis kesan luka pada kulit. Ia juga boleh mengurangkan vena varikosa.
Gotu Kola juga mampu meransang aliran darah, menambah kekuatan pada urat darah, dan juga memastikan urat darah berada dalam keaadan sihat.
EKSTAK BIJI ANGGUR
Sejak awal zaman, para cendiakawan Yunani telah mengetahui serta memuji kuasa pemulihan penyakit kulit dan mata yang terdapat pada biji anggur. Pada masa yang sama, biji anggur juga terkenal dengan sifatnya yang membawa kelegaan: menghalang barah dan penyakit kardiovaskular, mengurangkan alahan (allergies), ulser, selaput mata (cataracts), dan juga dipercayai membantu proses awet muda.
Biji anggur mengandungi OPC (oligomeric proanthocyanidins), sejenis antioksidan yang kuat, lebih kuat dari vitamin C, E dan betacarotene. Doktor mengesyorkan penggunaan antioksidan ini untuk membantu mengurangkan masalah pengaliran darah’ contohnya kencing Manis, kejang otot, vena varikosa, senggal tangan dan kaki dan juga mati pucuk.
Ekstrak Biji Anggur ini mampu menahan sakit yang disebabkan oleh prostaalandins, unsure yang menyebabkan permasalahan endometriosis. Ekstrak Biji Anggur juga mampu menembusi sel-sel badan, termasuk sel-sel otak untuk menghalang kerosakan akibat kesosakkan radikal bebas. Berikut adalah sebahagian fungsi Ekstrak Biji Anggur; menghalang berlakunya penyakit jantung, mengurangkan kerosakkan fibromylagia, mengelak berlakunya barah, melawan penyakit kulit seperti psoriasis dan eczema, melambatkan lagi proses kelemahan otot dan cataract, dan mengurangkan berlakunya alahan.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan