Ahad, 1 Ogos 2010

Tablet Prawan Leesa Formula

 Tablet Prawan RM75.00
 Baca Lagi



Tablet Prawan yang berperanan seperti ubat periuk ini diformulakan dari herba-herba terpilih Malaysia bagi merawat, memelihara dan memberi ketahanan tubuh badan wanita, terutama selepas melahirkan. Ia berupaya membantu menyihatkan rahim dan sistem dalaman wanita, seterusnya mengembalikan rahsia kewanitaan seperti seorang perawan. Ia mudah diambil kerana tidak pahit dan tiada bau herba yang memeningkan juga tidak menyebabkan panas badan kepada ibu dan bayi. Selain itu, ia juga sesuai untuk kegunaan harian semua wanita walaupun bukan dalam pantang.

KANDUNGAN :
Mengandungi 5 herba `ubat periuk` iaitu :
* Teja Lawang (Cinnamomum Inners)
Digunakan secara tradisional oleh orang melayu sebagai ubat periuk menguatkan rahim lepas bersalin, selain daripada untuk menyembuhkan demam dan penawar racun, lenguh-lenguh tulang dan menambahkan tenaga badan.

* Au Malam/Petai Jawa (Phyllagathis Rotundifolia)
Banyak diamalkan oleh wanita bersalin dahulu kala untuk mencuci dan melancarkan perjalanan darah, selain untuk menyegarkan badan dan mengurangkan demam.

* Daun Keman/Semalu (Mimosa Pudica)
Banyak digunakan secara tradisi untuk membersih darah, melegakan senggugut, melawas pembuangan air kecil disamping mengubati batuk, demam panas dan sakit kepala.

* Akar Serapat (Parameria Polyneura)
Berfungsi mengecutkan dan menyihatkan peranakan selepas bersalin dan mencegah masalah meroyan.

* Pinang Kotai (Agelaea Wallichii)
Sering digunakan pada zaman dahulu untuk menambah tenaga dan menghilangkan pucat di muka kepada ibu-ibu bersalin. Ia juga berkesan untuk mengatasi sengal-sengal sendi dan bisa-bisa tulang.

KEGUNAAN :
* Menguatkan rahim dan mengecutkan kembali saluran peranakan.
* Mencuci darah dan melancarkan perjalanan darah nifas.
* Melegakan masalah senggugut, melawas pembuangan air.
* Mencegah masalah meroyan.
* Menambah tenaga dan menghilangkan muka pucat selepas bersalin.
* Menghilangkan sengal-sengal sendi dan bisa-bisa tulang.

ATURAN MAKAN :
Ambil sehari sekali 2 tablet petang selepas makan dari hari ke 4 hingga selesai pantang 44 hari.
INDIKASI :
Digunakan secara tradisional untuk kesihatan dan menguatkan badan.
RAMUAN :
Lignum cinnamomum Inners, radix mimosa pudica, radix parameria polyneura, radix agelaea wallichii, folium phyllagathis rotundifolia, channa striatus.
Diluluskan oleh Kementerian Kesihatan
Malaysia (MAL20020639T)
KANDUNGAN: 80 Tablet x 450mg

Tiada ulasan:

Catat Ulasan