1 kotak(5 botol) harga: RM 248.00
Mengapa saya menghasilkan RX-Tra? (Dr. Noordin). - Beliau mula menjadi terlalu obses dengan Pekatan Mineral Semulajadi apabila pemulihan akibat daripada kesan sampingan rawatan Kimoterapi & Steroid yang beliau alami pada tahun 2001 menjadi lebih ketara. Selain daripada kesan yang memberangsangkan dengan pengamalan Terapi Penyembuh Aura RX-Water, beliau mendapati bahawa dengan menambahkan Pekatan Mineral Semulajadi ke dalam diet harian beliau, daya tenaga, kecerdasan minda & keputusan ujian darah bertambah baik berbanding dengan hanya mengamalkan RX-Water sahaja.
Sebelum beliau menghidap penyakit Kanser, beliau merupakan seorang pengamal diet buah-buahan & sayur-sayuran terutamanya untuk sarapan pagi. Beliau juga mengajar pelajar & peserta2 yang mengikuti kursus beliau melakukan perkara yang sama. (Beliau pada ketika itu mengelolakan program "The Art Of Total Wellness" untuk sektor korporat & juga kerajaan. Beliau juga sering muncul dalam television, radio & akhbar harian). ...kemudian, ketika beliau menjalani rawatan Kanser, beliau menyedari bahawa selain daripada "Adulterated Chlorinated Dead Water" yang kita minum & guna setiap hari, penyebab utama Kanser adalah racun serangga, racun perosak & juga racun2 lain yang datang dari makanan, sayur-sayuran & juga buah-buahan yang kita makan setiap hari.
Pencarian beliau untuk suatu jawapan menghasilkan RX-Tra.
RX-Tra merupakan satu penemuan yang menakjubkan dalam keafiatan sel. Ia merangkumi Sains molekul, tenaga Kosmik & ekstrak terbaik alam semulajadi, yang diadun sebagai minuman kesihatan 100% asli untuk seisi keluarga. Ia mengandungi Mineral surih semulajadi & asli, Enzim semulajadi serta Organik & Vitamin melalui formula 7 dalam 1.
Kandungan & Ciri-Cirinya:
- Ekstrak Shilajit - "Tiada penyakit yang tidak dapat diubati dengan bantuan Shilajit" - Charaka, 1st Century AD. Perkataan Shilajit adalah diambil dari bahasa Sanskrit yang bermaksud 'Pahlawan Gunung'. Shilajit merupakan rembesan cecair dari lapisan batu di gunung Nepal dan juga gunung2 Himalaya lain. Ia merangkumi Humus & tumbuhan Organik yang telah dimampatkan oleh lapisan batu. Humus terbentuk apabila micro-organisma tanah mereputkan binatang & tumbuhan ke dalam elemen yang sesuai digunakan oleh tumbuhan. Tumbuhan adalah sumber makanan kita manakala Humus adalah sejenis makanan tumbuhan. Berbanding dengan Humus tanah yang lain, Humus Shilajit mengandungi 60 - 80% gumpalan organik. Tumbuhan ini tidak pernah terdedah kepada apa-apa jenis bahan kimia, baja atau racun serangga. Ia berubah secara beransur-ansur menjadi Humus, sejenis gumpalan organik yang merupakan makanan kepada tumbuhan baru. Disebabkan oleh tindakan Microbial & tekanan yang kuat daripada gunung2, Humus tersebut berubah menjadi tebal, likat & gumpalan mineral. Inilah Shijalit. Lapisan Shijalit yang terperangkap mula terdedah disebabkan oleh musim sejuk, pancaran cahaya Matahari pada musim panas & juga hakisan kesan daripada hujan Monsun. Shilajit akan mengalir keluar dari celahan rekahan lapisan batu pada musim panas apabila suhu pada gunung menjadi panas & Shilajit menjadi kurang likat.
- Asid Fulvic - Ia adalah bahan utama dalam Shilajit & merupakan satu penemuan penting yang mempunyai keajaiban tersendiri. Asid Fulvic adalah sejenis antioksidan yang paling hebat pernah ditemui. Ia adalah sebahagian daripada tanah yang kaya & galian. Asid Fulvic biasanya mengandungi 70 mineral atau lebih & elemen surih adalah sebahagian daripada molekul kompleks. Ia kemudiannya akan diserap oleh akar tumbuhan & bertindak dengan sel-sel hidup. Ia merupakan antioksidan & Radikal bebas yang sangat kuat. Ia membantu mengimbangkan semula sel. Ia mempunyai keupayaan untuk meningkatkan penyerapan Vitamin, Mineral, herba & makanan, menyelaraskan perjalanan hormon Tiroid yang abnormal. Asid Fulvic berfungsi sebagai ejen pelarasan dalam sistem Imun dan boleh digunakan bersama ubat-ubat anti-kanser yang lain.
- Ekstrak kulit Anggur - Kulit Anggur ialah lapisan luar Anggur yang berwarna hijau, merah atau ungu kehitaman. Ia adalah antioksidan yang kuat serta mengandungi bioflavonoids & nonbioflavonoid polyphenols. Nonbioflavonoid dalam kulit anggur yang penting dikenali sebagai Resveratrol. Ia merupakan enzim tumbuhan yang wujud dalam 72 jenis spesis tumbuhan seperti Anggur, kekacang & pokok Pain. Kualiti enzim yang tinggi dalam kulit buah Anggur dipercayai membantu pokok Anggur melawan infeksi, penyakit, serangan serangga atau binatang. Resveratrol membuktikan mengandungi kesan anti radang yang sama atau lebih tinggi berbanding dengan ubat anti radang yang terkenal. Dalam kajian ke atas manusia pula, telah didapati bahawa Resveratrol menipiskan darah lebih efektif berbanding Aspirin, yang selalu digunakan untuk mengurangkan risiko serangan penyakit jantung. Ia dapat mencegah atau menghalang penuaan, lebam, kanser, diebetes, infeksi, penyakit jantung, masalah penglihatan & mempercepatkan penyembuhan luka
- Selain itu ia mengandungi Vitamin C, Asid Sitrik & Rx-Water.
- Dewasa - Tambah 10 titis RX-Tra ke dalam 250ml RX-Water, 2 kali sehari.
- Kanak-Kanak - Tambah 2 atau 3 titis RX-Tra ke dalam 250ml RX-Water, 2 kali sehari. (Purata 1 titis setiap umur 1 tahun sehingga 10 titis untuk yang berumur 10 tahun dan ke atas).
- Pesakit (yang mengalami masalah kekurangan berat badan & kurang selera makan) - 2 atau 3 kali ganda dos daripada di atas, bergantung kepada keadaan penyakit.
RX-Tra amat selamat dan sesuai diminum oleh semua orang. Walau bagaimanapun, disebabkan ia boleh membantu merendahkan kandungan gula dalam darah, pesakit Kencing Manis harus berhati-hati dan mengawal penggunaan Insulin untuk mengelakkan berlakunya Hypoglycaemia.
Mereka yang mengalami PKU harus berhati-hati kerana terdapat sedikit 'Phenylalanine' di dalam RX-Tra.
Perhatian: Sekiranya anda hamil atau di bawah kawalan doktor untuk sebarang keadaan kesihatan, anda juga patut merujuk kepada pakar kesihatan sebelum mengambil makanan kesihatan ini.
Sesetengah orang mungkin mengalami 'Krisis Pemulihan' seperti:
- Berpeluh
- Gatal-gatal
- Kerap kencing
- Lenguh tulang belakang
- Sakit kepala
- Kepanasan
- Letih
Tiada ulasan:
Catat Ulasan